Friday, 23 March 2012

39 SIFAT LELAKI YANG RASANYA TAK LAYAK JADI SUAMI


  1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
  2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
  3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
  4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
  5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
  6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
  7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
  8. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
  9. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
  10. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
  11. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
  12. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
  13. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
  14. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
  15. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
  16. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
  17. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
  18. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
  19. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
  20. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
  21. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
  22. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
  23. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
  24. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
  25. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
  26. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
  27. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
  28. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
  29. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
  30. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
  31. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
  32. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
  33. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
  34. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.
  35. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
  36. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
  37. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
  38. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
  39. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
Rating: 1.0/10 (1 vote cast)

Monday, 19 March 2012

Am I sorry?

I don't understand what I did wrong.... tak sangka berdosa betul aku terhadap ko... tah laa... ko nak baca blog ni, aku tak halang... tapi kalo ko sendiri yang berperangai macam ni.... sapa yang tahan.... If you can't take what I'm about to say, I advice you to turn away from this blog and walk off..... This is my own space, I am free to say what I want to say.....

Ko kata ko nasihati kawan ke arah yang lebih idealist/praktikal... ko sedar tak ko punya nasihat tu seakan2 memaksa... Aku bukan nak marah ko, ada elok gak ko bercharacter sebegini tapi kalo dah tahap memaksa... ko pikir laa nak naper nye aku ignore jer ko.... I'm also entitled to my own life, opinion and my own way to settle things....

Ko rasa kalo nak kawan dgn aku ni membebankan, then tak per.... aku respect decision ko unfriend aku... tak nak kawan dgn aku.... aku tak pernah provoke ko  in anyway to jeopardize our friendship.... Aku rasalah... selain aku ni psycho in many ways.... ko lagi lah bermasalah.... if things doesn't go your way... u either walk away or u snap....sekarang ni mmg lah nampak ko dah berubah.... tapi not much pun.... there is still the same old you yang masih degil and keras kepala... but hey, I cannot help that part.... aku terima ko sebagai kawan aku seadanya.....

Ye, aku ada macam2 masalah... aku control freak... aku akan jadi separa gila bila orang yang aku-suke tu  ignore aku... aku sentiasa ada masalah dgn mak aku....yes to all that..... Aku cume nak cakap laa ek.... Macam mana aku bergaduh, marah, kecik hati, kecikkan hati  mak aku pun... aku masih bercakap dgn dia sebab aku tau mak aku tak kan hidup selama2nya... aku tak nak kesal kemudian hari nanti bila mak aku dah tua, sakit.. aku tak berpeluang nak jaga mak aku.... aku control freak:: it is because aku biasanya diamanahkan tanggungjawab kalo nak diselesaikan/carry the task.... itu bahagian aku... separa gila bila kene ignore:: sebabnya aku tau cara aku bercakap ni kasar, menyentap,..... kekadang tu kalo aku kecikkan hati orang pun aku tak sedar.... 

I'm learning ok.... bukan senang... "trying to teach old dog new tricks" is not easy at all......I hate it, but what to do... people have to evolve sometimes in their life.... I am so sorry for whatever that I've done... I am sorry sebab berkawan dgn aku ni beban besar tuk ko.... I am sorry menyusahkan kuarga ko.... and I am totally NOT sorry for being friends with you.... so much so, I am greatful.... kalo ko masih rasa the same way... then... I cannot say much.... My door is always open for you, you know that, right...? pepandailah cari aku  nanti....

P/S:: Seriously aku malas nak gaduh dgn ko, babe... Malas sangat... tak de faedahnye kalo kite go on jadi rivals for nothing macam ni... setiap kali benda berkaitan personal/guys/family issues/etc... kita gaduh macam harem..... ko pikir laa masak2... the next time kite contact... aku mmg dah tak nak cakap pasal ni.... here and now I'm dropping whatever misunderstanding ni and move on....

Monday, 12 March 2012

Kenali 5 Sikap Wanita Melalui Bantal

Wanita merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang “unpredictable” juga. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Jom kita baca 5 sikap wanita dengan bantal.
1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Ini sesaje je memain.... jangan lak kata benda ni 100% benar lak... rekaan semata2, kalo ada persamaan itu hanyalah kebetulan sahaja.

Wednesday, 7 March 2012

A letter to you

This is my diary... I can say whatever I want to say.... but the thing is... despite of whatever that I say here, jauh kat sudut hati, saya mmg tak bermaksud nak menyakiti sapa2.... I miss you... I miss you so much... but instead, I get this silent treatment from you.... which is not fair at all.

I know that this is "some sort of a relationship", and I cannot demand anything from you like other couples do... However, I do have a heart and emotions.... I know what I'm getting myself into here when I agreed with you with this arrangement(engage)... but don't abandon me without a word.... we promised not to keep it from each other if one of us are ready to move on... right?

I can ignore what complications that you may face, mengharapkan sume settle dgn eloknya....When you are ready to come back, I'll be here...Insyallah, I will.... Jangan gi jauh2.... I can't stand to be apart from you...

**Cewah, berjiwang aku kat sini...Tak de maknanye... this statement I found in my diary a long time ago... masa I was with one of my ex(s)...Actually, it was a letter that was never sent... Masa zaman2 rebeh emosi bergantung harap dgn janji2 palsu... Anyway... bila baca balik... terasa kelakar giler....Last2, aku kene tuduh pompuan bodoh sebab asyik kene tipu jer....

Aku dah move on and happy with my life now. I wish him all the best and best of luck to marry the girl of his dreams(clearly it was not me). I hope he can understand the reason I needed him to keep away from me.....Bottom line is:: I'm amazed to myself sebab boleh buat statement bodoh macam ni time emo dgn dia ....Hadui**

Tuesday, 6 March 2012

Grrrrrrr

Aku tak tau lah kan... harini aku ada rasa kesentapan sikit laa.... I just wanna say that this best friends of mine.... aku faham dia tak cukup rehat sangat2.. yang buat aku tak paham tu... naper nyer dia boleh diam, mamat tu pun membisu.... pastu bila both dah tak de aper2, pandai lak cari aku kan.... ikut suke laa... "aku memang suke jadi alat utk korang"... "Aku mmg suke sentiasa jadi orang yang memahami, tapi bukan difahami".... "aku pun ada kala perlukan attention dia...tapi seolah2 aku tak diberi peluang pun...." Ye laa... sapa lah aku ni... asyik nak faham orang jer....Penat aa macam ni....

Thursday, 1 March 2012

I've never felt so stupid in my life....

Aku cuba nak faham sesuatu lah kan.... naper aku rasa macam biasanya perempuan sentiasa diperkotak-katikkan... ada kala perempuan dibuli...? Sungguhpun perempuan ini nama seakan2 insan yang lemah, ada je yang boleh dikatakan setaraf dgn lelaki..... Boleh jer bersaing n berlawan dgn lelaki.... kerja pun boleh buat side by side dgn lelaki.... Tapi still , lelaki masih nak jadi two faced dgn perempuan.... bosan.....

Aku bosan dan benci dianggap sebegitu... we don't f*cking have psychic/telepathy powers, ok....we can't read your mind... sama gak dgn korang, kan... kalo kitorang tak cakap, korang tak kan faham.... korang dapat tangkap buat tak sure betul ke tak....?

Ko cuba fikir, kitorang ni sentiasa nak kena paham laki2, kene telan semue perangai baik buruk diorang.... bila kite harap yang sama.... bukan dapat support yang sama... ada yang siap lari lagi... rasa macam nak sepak2 jer...yang penting communication, kan? dah tu communicate laa... ni tus diam jer.... aper daa.....

Aku tak mengatakan semua sebegitu, segelintir sebegitu. Ego tu nak besar.... Di mana ada kalanya tak adil bagi perempuan. Susah sangat ker nak cakap terus terang, "I'm seeing this girl", atau "aku tak nak ko, aku dah ada girlfriend" atau "aku sayang pada ko" atau "aku rasa ko perlu ko back-off sikit, aku rimas".... ni tak... tup2 tus hilang...

Telan jer laa... serap jer laa... aku boleh katakan sapalah aku nak katakan begitu.... lepas ni, buat hati kering jer.... aku nak spend time pun tak boleh, alasannye... aku kene faham dia... aku kene sabar dgn dia... aku kene be selective with the guys' attitude... sampai bila? Memula tu kata kompromi... ni bukan kompromi namanye... ni one-sided completely..... mmg aku rasa macam dipergunakan.....Aku akui laa... aku mmg rindu kat dia... aku mmg nak jumpa dia... tapi aku yang agree to this arrangement, layan kan jeeee.....


Daa dulu.......

Tuesday, 21 February 2012

"Kanak-kanak Ribena"

For the past few weeks, it has been a whirlwind experience. Finally I felt myself running the show again. Our team had welcomed a member of the "order" and that was the joyous day of my life.

I didn't know what to expect out of this person,  I've got a  saying that "she is a tough cookie, she's great and stern, she's a fast learner"... that was not an issue to me. My main  concern is... will she be comfortable enough to feel welcomed by the whole room.

Sound blared up and there was havoc in the office. I see people rounding up at the corner of the room. I felt weird. Walked in and there they were. The two of them.... Oh, I forgot... the other team also add a new team member.  What I can say is... "WOW" when you put these two girls together.... all the fun and bubbly character emerges. It gave a positive energy in the air.*I like* Tetiba rindukan IBM 19.....

I hope I can just maintain this energy so that the surrounding would have a good enjoyable environment for these people to work in.... *now I feel like crying with joy*